Rabu, 25 Mei 2016

Festival Floria Diraja Putrajaya 2016

Festival Floria Diraja Putrajaya 2016.


Festival Floria Putrajaya atau Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 kembali lagi. Festival pada kali ini merupakan edisi yang ke sembilan dan di adakan pada minggu musim cuti persekolahan penggal kedua. 


Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya yang dikenali juga sebagai Festival Floria Diraja Putrajaya (Royal FLORIA Putrajaya 2016) bermula dari 27 Mei sehingga 4 Jun 2016. 

Berikut adalah serba sedikit maklumat penting berkenaan Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 iaitu tarikh, lokasi dan aktiviti. 
  • Tarikh : 27 Mei hingga 4 Jun 2016
  • Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 malam (Isnin- Ahad)
  • Lokasi : Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya
  • Koordinat GPS : 2°54’46.1″N 101°40’44.1″E (2.912806, 101.678917) 
  • Tema : Magical World of Floria (Tahun 2015 - Alunan Pancarona)
  • Bunga Tema : Bunga kekwa atau Chrysanthemum (Tahun 2015 - Bunga Lili)
  • Anjuran : Perbadanan Putrajaya
  • Diuruskan Oleh :  Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (PFSB)
  • * Akan dikemaskini dari masa kesemasa
    Tiket masuk (early bird sehingga 25 May 2016) 
    RM6.00 Dewasa MyKad (Harga asal RM7.50)
    RM2.50 Kanak-kanak MyKid
    / Senior citizen/ Disabled (Harga asal 3.50)

    Magical Garden :
    RM10.50 Dewasa MyKad
    RM5.50 Kanak-kanak MyKid
    / Senior citizen/ Disabled
    • Pembelian Tiket: Kaunter tiket di pintu masuk atau melalui pembelian melalui Putrajaya Mobile Apps application 
Sumber Maklumat daripada:
Tema Bagi Festival Floria 2016: Magical World of Floria
Penggunaan teknologi “magic-mirroring” dan 3D holographic didalam pameran
Lokasi Festival ini seperti di dalam peta.


Bagi ibu pada yang merancang untuk membawa keluarga dan anak-anak ke fistival ini AlFateh Homestay Cyberjaya menyediakan penginapan yang selesa untuk anda. Jarak antara AlFateh Homestay Cyberjaya ke tapak festival floria ini hanya sejauh 14 KM dan mengambil masa selama 15 minit perjalanan. berikut adalah cadangan laluan. 


Sekian sahaja serba sedikit maklumat yang dapat dikongsikan untuk Festival Floria Diraja Putrajaya 2016. Semoga dengan maklumat penganjuran Festival Floria Diraja Putrajaya 2016 ini akan dapat dijadikan panduan buat ibu bapa yang merancang percutian anak-anak anda semasa musim cuti sekolah ini.

Maklumat Penginapan Homestay:

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi kami:
Hp: 012-5819463 (Krie) WhatsApp/Call

Tiada ulasan:

Catat Ulasan