Khamis, 1 Jun 2017

BANDAR PINTAR CYBERJAYA




CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan 11 projek dan inisiatif utama dalam usaha menjadikan Cyberjaya model Bandar Pintar.

Projek dan inisiatif itu merangkumi pembangunan Cyberjaya City Centre, Cyberjaya Innovation Fund for the Future (CIFF), penubuhan Hab Serantau Teknologi Kewangan (fintech), Cyberjaya Futurise Centre, dan pembangunan Bandar Keusahawanan Lautan Biru (BOET).

Inisiatif lain termasuk pelancaran Pusat Big Data Asia, pelaburan Pusat Data Lembah Klang (KVDC), kemudahan internet berkelajuan tinggi, Hospital Cyberjaya, Sensor Applications Innovation Centre (SONIC) serta pengembangan pusat data CBJ4Annex, katanya.