Khamis, 24 November 2016

EXPO MAHA 2016

MAHA Pameran atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism) 

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016 akan kembali lagi sempena cuti sekolah tahun 2016 iniPameran MAHA 2016 akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor pada 1 hingga 11 Disember 2016.

Tarikh Pameran MAHA 2016

Fokus MAHA 2016 yang akan berlangsung selama 11 hari adalah kepada pelancongan tani, perdagangan dan gaya hidup agro, inovasi teknologi terkini. Ianya menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus golongan usahawan muda melalui Agro Youth.


PAMERAN MAHA 2016

Tarikh    : 1 – 11 Disember 2016

Tempat : MAEPS Serdang, Selangor 

TEMA MAHA 2016 : Our Food Our Future

Maskot Rasmi : Upin Ipin


MAHA 2016 akan menampilkan 1,500 gerai pameran meliputi agensi tempatan dan swasta serta penyertaan luar negara. Diantara tarikan utama MAHA 2016 adalah seperti berikut :-

  1. Seminar perniagaan
  2. Bengkel
  3. Pelancaran produk
  4. Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  5. Agro bazaar
  6. Pelancongan tani
  7. Persembahan kebudayaan
  8. Demonstrasi masakan
Peta lokasi pameran expo MAHA 2016

Tapak Pameran MAHA 2016

PROGRAM UNTUK KANAK-KANAK
  1. Kereta Kuda
  2. Memancing
  3. Pets Shows
  4. Paddle Boats
  5. Live Animals
  6. Dan banyak lagi aktiviti kanak-kanak
Expo MAHA 2016 adalah peluang terbaik untuk ibubapa membawa anak-anak bercuti ketika cuti sekolah. Semoga Pameran MAHA 2016 kali ini lebih meriah dan menghiburkan. 

Jarak antara Alfateh Homestay Cyberjaya dengan Taman Pertanian dan Expo Serdang (MAEPS), Lokasi Pameran MAHA 2016 adalah lebih kuran 25 minit sahaja.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari FB MAHA 2016 dan Laman Web MAHA di MAHA 2016