Festival Light and
Motion Putrajaya (LAMPU) edisi 2016 kembali lagi. Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, Putrajaya akan bermandi
cahaya yang sungguh menakjubkan.
Festival yang
dinanti-nantikan kini kembali! Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2016.
Poster Rasmi LAMPU 2016 |
Bila
Festival ini akan berlangsung
Tarikh : 30, 31 Disember 2016 dan 1 Januari 2017
Tempat : Dataran Putrajaya, Presint 3
Putrajaya.
Masa :
7.30 Malam hingga 12.00 tengah malam.
Perbadanan Putrajaya sekali lagi dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menganjurkan Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) 2016.
Jangan lepaskan peluang, pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga akan dianjurkan selain persembahan utama 'Grand Projection Mapping' di bangunan Istana Kehakiman bakal memukau para pengunjung menerusi aura gabungan eksplorasi kehebatan teknologi, kreativiti, inovasi dan dimensi menjanjikan satu pengalaman baru dan hebat bagi #LAMPU2016
Pelbagai
teknologi dan inovasi pencahayaan terkini. Jangan lepaskan peluang, ayuh
bersama-sama memeriahkan Pesta
Cahaya Dan Gerakan Putrajaya Light And Motion Putrajaya - LAMPU 2016.
LAMPU
2016 adalah sebuah acara mega anjuran Perbadanan
Putrajaya yang merupakan ahli 'Lighting Urban Community International (LUCI), sebuah
badan persatuan antarabangsa yang menyokong inisiatif, evolusi idealistik dan
transformasi industri pencahayaan dibandar bandar seluruh dunia.
Festival bertaraf antarabangsa, LAMPU 2016 diilhamkan untuk mengetengahkan elemen kemodenan dan kemajuan industri pencahayaan di Malaysia ke memertabatkan inisiatif pencahayaan bandar khususnya di Putrajaya yang lebih sistematik dan ideal di peringkat yang lebih tinggi dan antarabangsa.
Antara objektif penganjuran LAMPU 2016
1. Platform melahirkan bakat dan potensi kreatif di Malaysia
2. Sebagai satu platform untuk kerja
kreatif dan memperkenalkan pakar-pakar dalam bidang industri pencahayaan serta dalam seni dan reka bentuk.
3. Sebagai satu platform bagi memajukan
industri teknologi pencahayaan di
Malaysia.
4. Untuk menarik pelancong
asing dan tempatan ke Putrajaya, Malaysia.
5. Salah satu cara menimba pengalaman, pembelajaran tidak
langsung rakyat Malaysia dan instituti
pendidikan berkaitan dengan teknologi dan inovasi.
LAMPU
2016 adalah merupakan edisi keempat berturut-turut. Dimulakan pada 2013 sebagai
Pesta Lampu Putrajaya 2013, dan kemudiannya dinamakan LAMPU, festival itu telah
berkembang menjadi acara tahunan utama. Festival ini memberi faedah kepada
industri pencahayaan, profesional, pencinta seni, jurugambar dan pelancong
serta orang ramai. LAMPU 2014 telah menarik lebih 500,000 pengunjung dan
memasuki Malaysia Book of Records
sebagai "Cahaya Terbesar dan Motion Festival".
LAMPU 2016 menjangkakan akan menarik lebih
daripada 750,000 orang pelawat
Antara yang menarik;
- Skywave,
- Glowing Street,
- Light & Pameran IT,
- Magical Street
- Taman Lampu dan LAMPU 3R Structures.
- Acara sampingan seperti pameran kereta dan lampu Basikal, buskers, struktur ais LAMPU, Wayang Kulit, Fire-Eaters dan lain-lain persembahan yang canggih.
Terdapat juga penganjuran seminar yang bertajuk Forum LAMPU, terbuka kepada semua.
Selain
iru Struktur LAMPU 3R, akan melibatkan penyertaan daripada komuniti seni
cahaya, sektor korporat dan peserta tempatan, akan mempamerkan kreativiti
melalui reka bentuk pencahayaan menggunakan bahan kitar semula.
Beca berlampu warna-warni yang sedang viral di
media sosial akan dibawakan khas olehBubbles & Beans di Festival Light And Motion Putrajaya - LAMPU 2016
Beca Berlampu di putrajaya |
Light n Motion
yg sempat dirakam pada tahun 2015
Bagi ibu pada yang merancang untuk membawa keluarga dan anak-anak ke fistival ini AlFateh Homestay Cyberjaya menyediakan penginapan yang selesa untuk anda. Jarak antara AlFateh Homestay Cyberjaya ke tapak festival LAMPU 2016 ini hanya sejauh 15 KM dan mengambil masa lebih kurang16 minit perjalanan. berikut adalah cadangan laluan.
Sekian sahaja serba
sedikit maklumat yang dapat dikongsikan untuk Festival LAMPU 2016. Semoga
dengan maklumat penganjuran Festival LAMPU 2016 ini akan dapat
dijadikan panduan buat ibu bapa yang merancang percutian anak-anak anda semasa
musim cuti sekolah ini dan cuti tahun baru.
Maklumat Penginapan Homestay:
Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi kami:
Hp: 012-5819463 (Krie) WhatsApp/Call
Hp: 012-5819463 (Krie) WhatsApp/Call