Khamis, 1 Jun 2017

BANDAR PINTAR CYBERJAYA




CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan 11 projek dan inisiatif utama dalam usaha menjadikan Cyberjaya model Bandar Pintar.

Projek dan inisiatif itu merangkumi pembangunan Cyberjaya City Centre, Cyberjaya Innovation Fund for the Future (CIFF), penubuhan Hab Serantau Teknologi Kewangan (fintech), Cyberjaya Futurise Centre, dan pembangunan Bandar Keusahawanan Lautan Biru (BOET).

Inisiatif lain termasuk pelancaran Pusat Big Data Asia, pelaburan Pusat Data Lembah Klang (KVDC), kemudahan internet berkelajuan tinggi, Hospital Cyberjaya, Sensor Applications Innovation Centre (SONIC) serta pengembangan pusat data CBJ4Annex, katanya.


Selasa, 13 Disember 2016

FESTIVAL LAMPU PUTRAJAYA 2016

Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) edisi 2016 kembali lagi. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya  akan bermandi cahaya yang sungguh menakjubkan.
Festival yang dinanti-nantikan kini kembali! Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2016.

Poster Rasmi LAMPU 2016
Bila Festival ini akan berlangsung

Tarikh            :  30, 31 Disember 2016 dan 1 Januari 2017
Tempat          : Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya.
Masa              : 7.30 Malam hingga 12.00 tengah malam.


Perbadanan Putrajaya sekali lagi dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menganjurkan Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) 2016.

Jangan lepaskan peluang, pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga akan dianjurkan selain persembahan utama 'Grand Projection Mapping' di bangunan Istana Kehakiman bakal memukau para pengunjung menerusi aura gabungan eksplorasi kehebatan teknologi, kreativiti, inovasi dan dimensi menjanjikan satu pengalaman baru dan hebat bagi #LAMPU2016
Pelbagai teknologi dan inovasi pencahayaan terkini. Jangan lepaskan peluang, ayuh bersama-sama memeriahkan Pesta Cahaya Dan Gerakan Putrajaya Light And Motion Putrajaya - LAMPU 2016.



LAMPU 2016 adalah sebuah acara mega anjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan ahli 'Lighting Urban Community International (LUCI), sebuah badan persatuan antarabangsa yang menyokong inisiatif, evolusi idealistik dan transformasi industri pencahayaan dibandar bandar seluruh dunia.

Festival bertaraf antarabangsa, LAMPU 2016 diilhamkan untuk mengetengahkan elemen kemodenan dan kemajuan industri pencahayaan di Malaysia ke memertabatkan inisiatif pencahayaan bandar khususnya di Putrajaya yang lebih sistematik dan ideal di peringkat yang lebih tinggi dan antarabangsa.



Antara objektif penganjuran LAMPU 2016
1.    Platform melahirkan bakat dan potensi kreatif di Malaysia
2.    Sebagai satu platform untuk kerja kreatif dan memperkenalkan pakar-pakar dalam bidang industri pencahayaan serta dalam seni dan reka bentuk.
3.    Sebagai satu platform bagi memajukan industri teknologi pencahayaan di Malaysia.
4.    Untuk menarik pelancong asing dan tempatan ke Putrajaya, Malaysia.
5.    Salah satu cara menimba pengalaman, pembelajaran tidak langsung rakyat Malaysia dan  instituti pendidikan berkaitan dengan teknologi dan inovasi.

LAMPU 2016 adalah merupakan edisi keempat berturut-turut. Dimulakan pada 2013 sebagai Pesta Lampu Putrajaya 2013, dan kemudiannya dinamakan LAMPU, festival itu telah berkembang menjadi acara tahunan utama. Festival ini memberi faedah kepada industri pencahayaan, profesional, pencinta seni, jurugambar dan pelancong serta orang ramai. LAMPU 2014 telah menarik lebih 500,000 pengunjung dan memasuki Malaysia Book of Records sebagai "Cahaya Terbesar dan Motion Festival".

LAMPU 2016 menjangkakan akan menarik lebih daripada 750,000 orang pelawat



Antara yang menarik;
  1. Skywave,
  2. Glowing Street,
  3. Light & Pameran IT,
  4. Magical Street
  5. Taman Lampu dan LAMPU 3R Structures.
  6. Acara sampingan seperti pameran kereta dan lampu Basikal, buskers, struktur ais LAMPU, Wayang Kulit, Fire-Eaters dan lain-lain persembahan yang canggih.

Terdapat juga penganjuran seminar yang bertajuk Forum LAMPU, terbuka kepada semua.
Selain iru Struktur LAMPU 3R, akan melibatkan penyertaan daripada komuniti seni cahaya, sektor korporat dan peserta tempatan, akan mempamerkan kreativiti melalui reka bentuk pencahayaan menggunakan bahan kitar semula.



Beca berlampu warna-warni yang sedang viral di media sosial akan dibawakan khas olehBubbles & Beans di Festival Light And Motion Putrajaya - LAMPU 2016


Beca Berlampu di putrajaya
Berikut adalah jadual acara dan agenda program serta pelan lokasi Festival LAMPU 2016.


Jadual Program LAMPU 2016
Plan Lokasi Festival LAMPU 2016

Light n Motion yg sempat dirakam pada tahun 2015



Bagi ibu pada yang merancang untuk membawa keluarga dan anak-anak ke fistival ini AlFateh Homestay Cyberjaya menyediakan penginapan yang selesa untuk anda. Jarak antara AlFateh Homestay Cyberjaya ke tapak festival LAMPU 2016 ini hanya sejauh 15 KM dan mengambil masa lebih kurang16 minit perjalanan. berikut adalah cadangan laluan. 





Sekian sahaja serba sedikit maklumat yang dapat dikongsikan untuk Festival LAMPU 2016. Semoga dengan maklumat penganjuran Festival LAMPU 2016 ini akan dapat dijadikan panduan buat ibu bapa yang merancang percutian anak-anak anda semasa musim cuti sekolah ini dan cuti tahun baru.

Maklumat Penginapan Homestay:

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi kami:
Hp: 012-5819463 (Krie) WhatsApp/Call

Khamis, 24 November 2016

EXPO MAHA 2016

MAHA Pameran atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism) 

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016 akan kembali lagi sempena cuti sekolah tahun 2016 iniPameran MAHA 2016 akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor pada 1 hingga 11 Disember 2016.

Tarikh Pameran MAHA 2016

Fokus MAHA 2016 yang akan berlangsung selama 11 hari adalah kepada pelancongan tani, perdagangan dan gaya hidup agro, inovasi teknologi terkini. Ianya menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus golongan usahawan muda melalui Agro Youth.


PAMERAN MAHA 2016

Tarikh    : 1 – 11 Disember 2016

Tempat : MAEPS Serdang, Selangor 

TEMA MAHA 2016 : Our Food Our Future

Maskot Rasmi : Upin Ipin


MAHA 2016 akan menampilkan 1,500 gerai pameran meliputi agensi tempatan dan swasta serta penyertaan luar negara. Diantara tarikan utama MAHA 2016 adalah seperti berikut :-

  1. Seminar perniagaan
  2. Bengkel
  3. Pelancaran produk
  4. Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  5. Agro bazaar
  6. Pelancongan tani
  7. Persembahan kebudayaan
  8. Demonstrasi masakan
Peta lokasi pameran expo MAHA 2016

Tapak Pameran MAHA 2016

PROGRAM UNTUK KANAK-KANAK
  1. Kereta Kuda
  2. Memancing
  3. Pets Shows
  4. Paddle Boats
  5. Live Animals
  6. Dan banyak lagi aktiviti kanak-kanak
Expo MAHA 2016 adalah peluang terbaik untuk ibubapa membawa anak-anak bercuti ketika cuti sekolah. Semoga Pameran MAHA 2016 kali ini lebih meriah dan menghiburkan. 

Jarak antara Alfateh Homestay Cyberjaya dengan Taman Pertanian dan Expo Serdang (MAEPS), Lokasi Pameran MAHA 2016 adalah lebih kuran 25 minit sahaja.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari FB MAHA 2016 dan Laman Web MAHA di MAHA 2016



Khamis, 21 Julai 2016

FREE Coffee Latte Art Workshop at IOI Galleria @ IOI Resort City, Putrajaya

FREE Coffee Latte Art Workshop at IOI Galleria @ IOI Resort City, Putrajaya.
IOI putraja 



Jom join event ni.. yang datang dari jauh boleh bermalam di‪#‎AlfatehHomestayCyberjaya‬
belajar daripada pakar berkaitan teknik-teknik seni penyediaan coffee latte.

Tarikh : 30 dan 31 Julai 2016 (Sabtu & Ahad)
Masa : Sesi 1 (11.00 AM - 1.00 PM) Sesi 2 (2.00 PM - 4.00 PM)
Tempat : IOI Galleria @ IOI Resort City, Putrajaya. IOI putraja

boleh juga klik link dibawah ini untuk tempahan..
You may click the link here for online RSVP: https://goo.gl/XPpqYp

Isnin, 13 Jun 2016

Ramadhan di Putrajaya dan Cyberjaya

Bagi anda yang ingin merasai kemeriahan menjalani ibadah puasa di putrajaya @ Cyberjaya boleh la bersantai bersama keluarga di Festival Ramadan Putrajaya 2016. selain itu anda juga boleh merasai pengalaman menunaikan solat tarawih di 3 masjid  yang popular di Putrajaya dan Cyberjaya iaitu Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (masjid besi) diputrajaya dan Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya. (tempat tumpuan putrajaya & cyberjaya)

Jarak Al Fateh Homestay Cyberjaya dengan masjid ini juga tidak jauh. Jarah homestay dengan Masjid Putra ialah 15km, dalam 19 minit. Jarak ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (masjid besi) pula adalah 14.7km, dalam 14 minit. manakala bagi jarak ke Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya adalah yang paling dekat iaitu hanya 5 kilometer atau 8 minit sahaja.  Amat Sesuai untuk percutian keluarga yang ingin merasai sembahyang di 3 masjid popular ini lagi2 di bulan Ramadhan, tarawihnya sungguh meriah.


1. Masjid Putra Putrajaya 15km, dalam 19 minit


Masjid Putra Putrajaya


Masjid Putra berbeza dengan masjid lain kerana beberapa sebab. Pertama, konsep terbuka yang digunakan memudahkan akses yang cepat ke dalam musolla. Jemaah tidak perlu termengah berlari untuk mendapatkan takbir pertama kerana tidak ada tangga yang perlu didaki. Kedua, udara segar dari pendingin hawa membuatkan solat lebih selesa dan meningkatkan darjah kekhusyukan sama ada ketika solat atau bertadarus. 


suasana dalam masjid putra semasa solat tarawih

2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (masjid besi) 14.7km, dalam 14 minit

lokasi masjid ini  merupakan tempat penganjuran Festival Ramadan Putrajya 2016.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (masjid besi)


solat tarawih di masjid tuanku Mizan Zainal Abidin

cadangan laluan ke masjid besi putrajaya dari Alfateh Homestay Cyberjaya





3. Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya 5 kilometer atau 8 minit sahaja



Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya
Ruang solat

cadangan laluan ke Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya dari Alfateh Homestay Cyberjaya



untuk anda yang memerlukan penginapan boleh la hubungi kami.

Maklumat Penginapan Homestay:

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi kami:
Hp: 012-5819463 (Krie) WhatsApp/Call


Selasa, 7 Jun 2016

Festival Ramadan Putrajaya 2016


Pelbagai program menarik menanti pengunjung di sana, antaranya; Aneka juadah untuk berbuka puasa di Bazar Ramadan dan di Laman Iftar di Perkarangan Bangunan PPj,

Pelbagai pilihan pakaian, aksesori perhiasan, kuih muih, biskut dan kelengkapan rumah untuk persiapan menyambut AidilFitri yang bakal menjelang, Jualan gudang Pasaraya di Auditorium Cempaka Sari di Kompleks PPj,

Pelbagai program ilmu dalam program Serambi Ustaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada setiap Sabtu, Solat Sunat Terawih yang akan diimamkan oleh Imam Jemputan dari Mesir, Dan pelbagai program menarik lagi menanti anda di sana.

khabarnya nasi lemak royal kedah dan mee kolok serta laksa sarawak, juga turut ada di laman Perbadanan Putrajaya.

Nasi Lemak Royal Kedah di Putrajaya

Mee Kolok dan Laksa Sarawak di Putrajaya


Berbuka Puasa bersama keluarga di laman iftar dihadapan Perbadanan Putrajaya
santai bersama keluarga

Pengisian kerohanian sepanjang Festival Ramadan Putrajaya 2016 bersama penceramah yang tidak asing lagi pada setiap petang Sabtu di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Presint 3 Putrajaya.



Menunaikan solat sunat terawih yang diimamkan oleh Imam dari Mesir, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.






Maklumat Penginapan Homestay:

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi kami:
Hp: 012-5819 463 (Krie) WhatsApp/Call